Latihan Pra Kejohanan Olahraga SMKL Kali Ke-8 pada tahun ini terpaksa dilakukan di padang Kampung Lubuk Cempedak, 1 Km dari sekolah. Hal ini disebabkan padang sekolah sedang dinaiktaraf demi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar sekolah untuk bersukan pada masa hadapan. Mesyuarat hari ini memutuskan Kejohanan olahraga tahun ini akan diadakan di Stadium Langkawi pada 15 Februari 2009. Situasi ini pasti menaikkan semangat pelajar untuk berlatih bersungguh-sungguh memandangkan inilah buat pertama kali kejohahan olahraga SMKL dijalankan di luar daripada kawasan sekolah.
