"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Wednesday, January 21, 2009

21.01.2009 - MAJLIS MAAL HIJRAH & MENGACAU BUBUR ASYURA

Majlis telah berlangsung dengan meriah. Seawal jam 7.00 pagi, pelajar telah berkumpul di dataran sekolah lengkap berbaju melayu dan baju kurung yang berwarna warni seolah-olah menyambut perayaan hari raya. Pelajar seterusnya berkumpul di dewan dan bersama-sama dengan guru mengambil keberkatan dengan membaca surah yassin serta mengadakan solat hajat untuk meredhai perjalanan tahun 1430 H serta memohon Allah menyelamatkan rakan seagama di bumi Gaza.

Pihak sekolah juga menjemput Ustaz Zakir Abd. Majid dari SK Ulu Melaka, Langkawi untuk menyampaikan ceramah bersempena Maal Hijrah ini. Pelajar seterusnya membuat persembahan pentas dengan nyanyian nasyid serta bacaan sajak. Soalan kuiz turut diberikan berdasarkan isi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zakir b. Abd. Majid dari SK Ulu Melaka.
Para waris bersama sebahagian guru pula terlibat di belakang asrama sekolah menjayakan acara mengacau bubur asyura. Sebanyak 8 kawah berjaya dilaksanakan dengan jayanya kerana ramai waris dengan ringan tulang membantu untuk menjayakan majlis pada hari ini.
Majlis berakhir pada jam 2.30 petang.