"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Sunday, January 4, 2009

04.01.2008 - PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH KALI PERTAMA SESI 2009

Tepat jam 7.30 pagi semua pelajar SMK Langkawi telah bersiap sedia untuk perhimpunan rasmi kali pertama bagi tahun 2009. Pelajar yang segak berpakaian serba baru bersemangat ketika berkumpul untuk bersama-sama guru yang turut kelihatan ceria berhadapan pelajar yang ditinggalkan semasa cuti persekolahan yang panjang. Nyanyian pelajar pagi ini begitu bersemangat ketika menyanyikan lagu Kebangsaan, lagu negeri Kedah dan lagu sekolah bersama-sama dengan guru mereka.

Majlis perhimpunan kali pertama bagi sesi 2009 ini turut disertai oleh Pegawai PPD Langkawi, En. Ahmad Suffian b. Abdul Rahman yang memantau perjalanan hari pertama persekolahan. Pengetua, En. Ahmad Halmi dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan En. Ahmad Suffian dan turut memaklumkan kehadiran 2 orang guru baru iaitu En. Azhar b. Abd. Halim serta Cik Juliana bt. Mohd Johari. Beliau juga turut melontarkan cabaran kepada para pelajar agar mengulangi segala kejayaan yang dikecapi pada tahun lepas dari semua cabang aktiviti sama ada akademik dan kokurikulum.


Sebelum ucapan beliau, PK 1, En. Azhar b. Nayan, PK HEM, En. Aizal Azri b. Zakaria serta PK Kokurikulum, En. Ronizam Sairizal b. Mohd Sani turut berucap menyentuh bahagian tugasan mereka kepada para pelajar. Majlis perhimpunan diakhiri dengan sesi bergambar para guru sebelum memasuki kelas untuk mendidik anak bangsa.