"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"

Click here for Myspace Layouts

TEMA SEKOLAH 2009 - "LET US REACH THE SKY AND PLUCK BEAUTIFUL STARS" TEMA PERAYAAN HARI GURU 2009 - "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
TARIKH PEPERIKSAAN PMR & SPM 2009 - PMR 7-9 OKTOBER 2009 / 12-13 OKTOBER 2009 - SPM AMALI 20-22 OKTOBER 2009 / 26-27 OKTOBER 2009 UJIAN BERTULIS 19 NOVEMBER - 26 DISEMBER 2009.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR SELURUH KEDAH AKAN BERMULA PADA : 16 - 20 OGOS 2009. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELURUH KEDAH PULA AKAN BERMULA PADA : 01 - 28 SEPTEMBER 2009. SEMOGA ANDA SEMUA SUDAH MEMBUAT PERSIAPAN YANG RAPI SEBELUM MELANGKAH DE DEWAN PEPERIKSAAN. SEMOGA ANDA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

H1N1 - CEGAH SEBELUM PARAH

PERSEDIAAN SMK LANGKAWI UNTUK PERTANDINGAN 3K


LAGU RASMI SMK LANGKAWI

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKAN BERLANGSUNG BERMULA PADA 18 OKTOBER SEHINGGA 29 OKTOBER 2009. HARAP MAKLUM.

Saturday, October 3, 2009

Alu-aluan - Selamat Datang dan Selamat Melayari Blog SMK Langkawi

Kepada semua pengunjung Blog Lensa SMK Langkawi, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari blog ini, terima kasih juga kerana sudi menghantar e-mail yang membina, insyaallah cadangan yang membina berkaitan blog ini akan diperbaiki.
Tujuan blog ini dibina ialah untuk memaparkan segala aktiviti yang dilalui oleh pelajar sepanjang tahun serta info terkini yang melibatkan pelajar, guru dan masyarakat sekeliling.Di samping itu juga, semua waris akan dapat mengetahui segala kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Pelajar SMK Langkawi, sungguhpun sekolah mereka terletak di penghujung peta Semenanjung Malaysia, tetap tidak ketinggalan di dalam dunia IT.
Pendedahan seperti kegiatan mereka ini di alam cyber diharapkan dapat meningkatkan lagi minat dan keinginan mereka terhadap pembelajaran IT. Selamat Melayari Blog Lensa SMK Langkawi.

01.10.2009 - MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT & SAMBUTAN HARI RAYA

Majlis bacaan Yassin, solat hajat serta sambutan hari raya Aidil Fitri telah disempurnakan pada hari ini. Diharapkan semua calon PMR dan SPM SMK Langkawi akan menempoh peperiksaan dengan tenang dan bakal beroleh kejayaan yang gemilang. Insyaallah.















































17.09.2009 - SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Warga SMK Langkawi, guru, staf dan pelajar saling bermaaf-maafan bersempena ketibaan Syawal yang bakal menjelang 20 September nanti.

Pengetua dalam ucapannya menggesa pelajar memanfaatkan cuti hari raya dengan melakukan perbuatan yang berfaedah seperti tidak bermain mercun serta mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan PMR dan SPM akan berlangsung pada Oktober dan November.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.



16.9.2009 - PERTANDINGAN ROBOTIK 2009, SMKL TEMPAT KETIGA

SMK Langkawi telah menyertai Pertadingan Robotik 2009 Zon A Kedah Perlis yang berlangsung di SMK Arau dan SK Arau dan memperoleh tempat ketiga.
Pelajar yang menyertai pertadingan tersebut ialah Mhd Aniq Abdul Rahman (2RKA), Muhammad Muzammil Dzulyadin (2RKA) dan Ahmat Fitri Annuar (1RKA). Mereka dibimbing oleh Cikgu Noorsham Yaakob.
Tahniah diucapkan.





Saturday, September 5, 2009

01.09.2009 - PERCUBAAN SPM BERSAMA SELURUH KEDAH

Seramai 55 orang calon SPM SMK Langkawi telah menduduki peperiksaan percubaan bersama seluruh Kedah yang bermula hari ini sehingga 27.09.2009. Warga SMK Langkawi sentiasa mendokan kejayaan anda.















Monday, August 31, 2009

JADUAL PERCUBAN BERSAMA SPM NEGERI KEDAH

KHAS BUAT PELAJAR TINGKATAN 5, SMK LANGKAWI. SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM YANG DIJALANKAN SERENTAK BAGI SELURUH SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI KEDAH. KEJAYAAN ANDA AKAN MENJADI KEBANGGAAN WARGA SMK LANGKAWI.
*Jadual bertugas pengawas peperiksaan adalah mengikut jadual waktu P&P guru tingkatan 5 seperti biasa. Harap maklum.

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA - JADUAL BERBUKA DAN IMSAK DAERAH LANGKAWI 2009