
LAGU RASMI SMK LANGKAWI
Thursday, January 29, 2009
Wednesday, January 28, 2009
28.01.2009 - Latihan Pra Persediaan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-8 (Latihan Kali Pertama)
Latihan Pra Kejohanan Olahraga SMKL Kali Ke-8 pada tahun ini terpaksa dilakukan di padang Kampung Lubuk Cempedak, 1 Km dari sekolah. Hal ini disebabkan padang sekolah sedang dinaiktaraf demi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar sekolah untuk bersukan pada masa hadapan. Mesyuarat hari ini memutuskan Kejohanan olahraga tahun ini akan diadakan di Stadium Langkawi pada 15 Februari 2009. Situasi ini pasti menaikkan semangat pelajar untuk berlatih bersungguh-sungguh memandangkan inilah buat pertama kali kejohahan olahraga SMKL dijalankan di luar daripada kawasan sekolah.

Thursday, January 22, 2009
22.01.2009 - KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKL KALI KE-9
Kejohanan Merentas Desa SMK Langkawi Kali Ke-9 berjaya dijalankan pada hari ini dengan penuh kemeriahan. Setiap rumah sukan membuat pesiapan awal dan sebelum berlari peserta membuat regangan untuk mengelakkan kecederaan.
Bantuan pihak polis dari Balai Polis Pulau Tuba dan khidmat Pembantu Perubatan dari klinik Kuah melancarkan lagi kejohanan pada hari ini. Setelah menjalani latihan setiap minggu, maka hari ini peserta menunjukkan kejaguhan mereka yang sebenar dengan berlari bersungguh-sungguh demi mencari mata untuk rumah masing-masing.
Keohanan berakhir dengan pelajar berkumpul di dewan, seterusnya acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan Pengerusi PIBG SMK Langkawi. Juara keseluruhan pada tahun ini jatuh kepada rumah Satria. Tahniah kepada pemenang, dan kepada semua pihak yang memberi kerjasama sehingga berakhirnya kejohanan ini diucapkan jutaan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)