"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Monday, March 30, 2009

29.03.2009 - MESYUARAT PERTANDINGAN 3K KALI PERTAMA

SMK Langkawi akan mewakili negeri Kedah Darul Aman dalam pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar (3K) pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, Tuan Pengetua yang telah mendapat taklimat di Kuantan, Pahang pada 24-26 Mac 2009 yang lalu telah membentangkan kepada semua guru hasil imput yang diterima oleh beliau semasa di Kuantan pada minggu yang lalu. Jawatankuasa akan dibentuk dan penjanaan ide dari semua guru ditagih untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah bersesuaian kriteria yang ditetapkan oleh lembaga pengelola. Diharapkan komitmen yang sedia ada pada guru SMK Langkawi akan membuahkan hasil demi keselesaan pelajar SMK Langkawi untuk menimba ilmu seterusnya memartabatkan SMK Langkawi di mata khalayak umum di seluruh Malaysia.