Warga SMK Langkawi ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Pelajaran Kedah, Tn. Hj. Shahidan bin Abd. Rahman bersama rombongannya kerana sudi meluangkan masa dalam kesibukan beliau semasa program di Langkawi untuk merasmikan Pusat Akses Sekolah SMK Langkawi yang mula beroperasi pada awal tahun ini.
Rombongan Tuan Pengarah tiba di bumi SMK Langkawi tepat jam 1.15 tengahari dan di sambut oleh Pengetua SMK Langkawi, En. Ahmad Halmi Abd Rahman dan warga SMK Langkawi dengan penuh mesra. Pengetua seterusnya memperkenalkan guru-guru SMK Langkawi kepada Tuan Pengarah.
Tuan Pengarah seterusnya dijemput untuk merasmikan Pusat Akses dengan memotong riben dan seterusnya menandatangani plak yang telah disediakan. Tuan Pengarah seterusnya diberi penerangan tentang Pusat Akses Sekolah oleh Pengetua dan Tuan Pengarah juga sempat beramah mesra dengan pelajar yang tekun mencari bahan IT di meja komputer masing-masing.
Dengan jumlah 10 unit komputer yang telah disumbangkan oleh pihak JPN Kedah kepada pelajar-pelajar SMK Langkawi, diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pelajar di sini agar mereka tidak ketinggalan untuk bersama-sama menerokai bidang IT bersama-sama pelajar di ‘luar sana’.
. Sepanjang Tuan Pengarah berada di bumi SMK Langkawi, beliau sempat beramah mesra dengan guru-guru dan bertanya khabar serta berharap semua guru bersabar dan dedikasi dalam usaha memupuk pelajar menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. Sebelum berangkat pulang, Tuan Pengarah dan rombongan sempat berjemaah solat Johor bersama guru-guru di Surau An-Nur. Tuan Pengarah dan rombongan berangkat pulang pada jam 2.50 petang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah. Kami warga SMK Langkawi sentiasa mengalu-alukan kedatangan Tuan ke bumi SMK Langkawi di masa-masa akan datang.