"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Saturday, March 28, 2009

28.03.2009 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LANGKAWI KALI KE-9

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 SMK Langkawi telah dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Haji Abu Bakar Bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi. Para waris telah telah memenuhi perkarangan sekolah seawal jam 8 pagi.

Dalam ucapan YB, beliau menyentuh peri pentingnya ilmu pengetahuan yang harus direbut oleh pelajar generasi hari ini. Dengan prasarana yang lengkap dan selesa tidak ada alasan untuk pelajar tidak berjaya. Beliau merujuk kepada pelajar miskin, anak seorang nelayan dan memperoleh 20A. (Merujuk kepada Nik Nur madihah). YB juga dengan bermurah hati menyumbang RM 5,000.00 untuk tabung PIBG SMK Langkawi bagi melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada para pelajar.

Beberapa usul telah dibincang dan beberapa ketetapan telah diambil. Keseluruhannya mesyuarat berjalan dengan lancar dan mesyuarat telah berakhir pada jam 1.30 petang.