SMK Langkawi akan mewakili negeri Kedah Darul Aman dalam pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar (3K) pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, Tuan Pengetua yang telah mendapat taklimat di Kuantan, Pahang pada 24-26 Mac 2009 yang lalu telah membentangkan kepada semua guru hasil imput yang diterima oleh beliau semasa di Kuantan pada minggu yang lalu. Jawatankuasa akan dibentuk dan penjanaan ide dari semua guru ditagih untuk menceriakan lagi persekitaran sekolah bersesuaian kriteria yang ditetapkan oleh lembaga pengelola. Diharapkan komitmen yang sedia ada pada guru SMK Langkawi akan membuahkan hasil demi keselesaan pelajar SMK Langkawi untuk menimba ilmu seterusnya memartabatkan SMK Langkawi di mata khalayak umum di seluruh Malaysia.

LAGU RASMI SMK LANGKAWI
Monday, March 30, 2009
29.03.2009 - PERTANDINGAN ASEAN QUIZ 2009 MELALUI TALIAN INTERNET
Seramai 10 pelajar terlibat dalam pertandingan Kuiz Sejarah Asean yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia secara online untuk seluruh Malaysia. Pertandingan dijalankan pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi.
Pelajar yang terlibat ialah Mohamad Zulkhairi Ikana (5A), Mohamad Akmal Che Nat (5A), Qushari Zainol (5A), Nurul Amira Mohd Zaki (5A), Nor Haslinda Roslan (5A), Haslizawati Hashim (5A), Nor Hasanah Saad (5A), Nur Dzasif Zafhar (4A), Nor Liyana Amran (4A) dan Noor Natasya Shaidan (4A). Semoga anda semua berjaya.
Saturday, March 28, 2009
28.03.2009 - MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LANGKAWI KALI KE-9
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 SMK Langkawi telah dirasmikan oleh YB Dato' Paduka Haji Abu Bakar Bin Taib, Ahli Parlimen Langkawi. Para waris telah telah memenuhi perkarangan sekolah seawal jam 8 pagi.


Dalam ucapan YB, beliau menyentuh peri pentingnya ilmu pengetahuan yang harus direbut oleh pelajar generasi hari ini. Dengan prasarana yang lengkap dan selesa tidak ada alasan untuk pelajar tidak berjaya. Beliau merujuk kepada pelajar miskin, anak seorang nelayan dan memperoleh 20A. (Merujuk kepada Nik Nur madihah). YB juga dengan bermurah hati menyumbang RM 5,000.00 untuk tabung PIBG SMK Langkawi bagi melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada para pelajar.
Beberapa usul telah dibincang dan beberapa ketetapan telah diambil. Keseluruhannya mesyuarat berjalan dengan lancar dan mesyuarat telah berakhir pada jam 1.30 petang.
Friday, March 27, 2009
Saturday, March 14, 2009
12.03.2009 - SEKITAR HARI KEPUTUSAN SPM 2008 DIUMUMKAN
Tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Langkawi yang berjaya memperoleh keputusan yang membanggakan. Peratus kelulusan sekolah meningkat kepada 89.29% berbanding tahun 2007, 81,08% sahaja. Subjek ICT dan PSV mencatat peratus lulus 100%.
Berikut senarai pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang SPM 2008 SMKL :
1. Nor Hidayah Abu Seman - 4A5B1E
2. Abdullah Abd. Razak - 3A4B1C1D1G
3. Mohamad Iqbal Zulkifli - 3A2B4C1G
4. Siti Nor Awatis Fazin - 3A2B2C2D1G





Berikut senarai pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang SPM 2008 SMKL :
1. Nor Hidayah Abu Seman - 4A5B1E
2. Abdullah Abd. Razak - 3A4B1C1D1G
3. Mohamad Iqbal Zulkifli - 3A2B4C1G
4. Siti Nor Awatis Fazin - 3A2B2C2D1G




Subscribe to:
Posts (Atom)