"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Friday, February 13, 2009

10.02.2009 - Lawatan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah Bagi Merealisasikan Program Pendamping Bersama Guru-Guru Di Pulau Tuba

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah bersama rombongan seramai 41 orang telah menjejakkan kaki ke bumi SMK Langkawi, Pulau Tuba bagi menjayakan “Program Pendamping” bersama guru-guru di Pulau Tuba.

Sebaik sampai, rombongan ini terus mengadakan mesyuarat dipengerusikan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Sebaik mesyuarat selesai, semua rombongan menuju ke dewan untuk acara perasmian “Program Pendamping” bersama guru-guru di Pulau Tuba. Tn. Hj. Munajat b. Tamrin telah membuat ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Tn. Hj. Munajat dalam ucapannya berjanji akan berusaha mendapatkan elaun pedalaman untuk guru-guru yang bertugas di Pulau Tuba. Beliau berharap guru-guru di Pulau Tuba dapat melaksanakan misi jabatan dan melahirkan pelajar yang berkualiti setaraf dengan pelajar di luar Pulau Tuba. Majlis seterusnya ialah sesi suai kenal bersama para pendamping yang terdiri daripada pegawai JPN yang bertindak sebagai fasilatator. Majlis berakhir jam 1.20 petang.