"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Tuesday, February 3, 2009

03.02.2009 - Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Langkawi 2009

Pasukan sepak takraw SMK Langkawi berjaya membolot tempat kedua atau naib johan bawah 15 pada Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Langkawi 2009 yang berlangsung di Dewan Besar, SMK Kedawang. Seramai 106 pemain terlibat pada kejohanan kali ini. Pasukan "Team B SMKL B15" yang diwakili oleh Mohd Fitri Amandi, Rossaidi Abdul Rani, Jamal Ibrahim dan pemain simpanan Mohd Jafri Che Mohd Zaher berjaya menewaskan pasukan SMK Klebang 12-21, 21-12, 15-3 pada pusingan pertama, pada peringkat suku akhir, mereka berjaya mengalahkan SMK Kedawang, 18-21, 21-15, 15-11. Di peringkat separuh akhir, mereka berjaya menjinakkan MRSM Langkawi dengan mata mudah 21-13 dan 22-20. Nasib tidak menyebelahi mereka pada peringkat akhir apabila tewas kepada SMK Tunku Putra dengan mata 19-21, 12-21.

Pasukan bawah 18 tahun turut tidak mengecewakan apabila mendapat tempat ketiga keseluruhan. Pasukan bawah 18 tahun diwakili "Team B SMKL B18" yang diwakili Mohd Roppizi Ramli, Ku Azizan Ku Mahazer dan Shahrizal Hassim. Sungguhpun layak hingga ke separuh akhir, hajat untuk ke final tidak berjaya apabila terkandas kepada pasukan SMK Mahsuri yang dibarisi pemain-pemain yang mewakili pasukan Daerah Langkawi 2008 dengan mata 20-22, 21-13 dan 13-15. Pada pusingan pertama, mereka berjaya mengalahkan SMK Klebang 21-12, 21-18. Peringkat suku akhir pula mereka berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, SMK Kedawang 19-21, 21-18 dan 15-9. Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dimenangi secara percuma kerana pasukan Maktab Mahmud Langkawi tidak muncul apabila diminta oleh urusetia ke gelanggang pertandingan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh En. Muhd Shukeri b. Rokhani, Pegawai Khas Sukan, PPD Langkawi.

Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Langkawi.