"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Saturday, January 23, 2010

23.01.2010 - BERITA BAIK YANG MELENYAPKAN KHABAR ANGIN


ALIAA KE TKC (TENGKU KURSHIAH COLEJ)

Nurul Aliaa Abdul Ghani telah berjaya menempatkan dirinya ke Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Beliau akan berangkat ke sana pada 1 Februari 2010. Warga SMK Langkawi mengucapkan selamat maju jaya. Perjalanan anda semakin hampir untuk ke menara gading. TAHNIAH.

BEKAS PELAJAR SMK LANGKAWI - 3RKA 2007

Bekas pelajar SMK Langkawi (3RKA - 2007) telah datang ke sekolah untuk mengambil sjil PMR. Mereka kini sedang menunggu keputusan SPM. SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG SEPERTI MANA ANDA MENJULANG KEPUTUSAN PMR YANG LALU.

Sunday, January 17, 2010

14.01.2010 - CIKGU NOOR SHAM BERPINDAH KE SMK MAHSURI

Cikgu Noor Sham Yaakob akhirnya mengikut jua jejak tujuh orang rakan guru yang bertukar pada akhir tahun lepas. Setelah dua minggu bersama warga SMK Langkawi di awal tahun 2010, akhirnya surat pertukaran tiba jua. Beliau bertukar ke SMK Mahsuri, Langkawi.

Kami warga SMK Langkawi amat terasa kehilangan beliau kerana SMK Langkawi sentiasa berada di persada pada setiap kali pertandingan kereta solar dan robotik yang disertai oleh pelajar dibawah bimbingan beliau.
SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DAN TERUSKAN TRADISI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH ANDA.

KECEMERLANGAN PMR 2009 SMKL MENDAPAT PENGHARGAAN PPD




Saturday, January 9, 2010

06.01.2010 - MAJLIS PENUTUP ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1

Tamat sudah majlis orientasi pelajar tingkatan 1. Selamat memasuki kelas pada 10.01.2010. Belajarlah dengan tekun untuk memenuhi harapan menggunung keluarga anda.















03.01.2010 - PERLANTIKAN PK KOKURIKULUM SMK LANGKAWI

Warga SMK Langkawi mengucapkan tahniah di atas pelantikan PK Kokurikulum yang baru iaitu Cikgu Azhar Abd. Halim. Beliau telah menggantikan tempat Cikgu Ronizam Sairizal Mohd Sani yang bertukar ke SMK Klebang, Langkawi.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.

Monday, January 4, 2010

SELAMAT BERTUKAR - JASA ANDA DI SMK LANGKAWI AKAN SENTIASA DIKENANG

Seramai 7 orang guru telah bertukar ke sekolah baru bagi sesi 2010. Cikgu Ronizam Sairizal berpindah ke SMK Klebang, Langkawi, Cikgu Faizal ke SMK Bukit Selambau, Cikgu Dzulfazli ke SMK Che' Tom, Sungai Petani, Cikgu Mohd Israqi ke SM Keat Hwa, Alor Setar, Cikgu Azril ke SMK Yan, Cikgu Ravanan ke SMK Hosba, Changlun, Cikgu Salmiza ke SMK Tunku Putra, Padang Matsirat, Langkawi. Terima kasih di atas jasa-jasa anda yang telah ditabur untuk anak bangsa di PulauTuba yang bertuah ini.

Semoga kalian berbahagia di sekolah baru.



Sunday, January 3, 2010

03.01.2010 - PERHIMPUNAN PERTAMA SESI 2010 DAN ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1

Perhimpunan rasmi pertama bagi sesi 2010 berjalan dengan lancar. YDP PIBG, Tuan Imam Abd. Hamid Abd Rasyid telah dijemput untuk memberi ucapan.
Pelajar tingkatan satu turut mendaftar diri pada hari ini dan seterusnya upacara perasmian orentasi pelajar tingkatan satu disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Ahmad Halmi Abd Rahman.




























31.12.2009 - MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2010

Mesyuarat bermula pada jam 8.50 am dan berakhir jam 2.15 pm.
Pelbagai agenda dibincangkan untuk mempersadakan SMK Langkawi di tahun 2010.