Cikgu Noor Sham Yaakob akhirnya mengikut jua jejak tujuh orang rakan guru yang bertukar pada akhir tahun lepas. Setelah dua minggu bersama warga SMK Langkawi di awal tahun 2010, akhirnya surat pertukaran tiba jua. Beliau bertukar ke SMK Mahsuri, Langkawi.
Kami warga SMK Langkawi amat terasa kehilangan beliau kerana SMK Langkawi sentiasa berada di persada pada setiap kali pertandingan kereta solar dan robotik yang disertai oleh pelajar dibawah bimbingan beliau.
SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DAN TERUSKAN TRADISI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH ANDA.