"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Monday, August 31, 2009

JADUAL PERCUBAN BERSAMA SPM NEGERI KEDAH

KHAS BUAT PELAJAR TINGKATAN 5, SMK LANGKAWI. SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM YANG DIJALANKAN SERENTAK BAGI SELURUH SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI KEDAH. KEJAYAAN ANDA AKAN MENJADI KEBANGGAAN WARGA SMK LANGKAWI.
*Jadual bertugas pengawas peperiksaan adalah mengikut jadual waktu P&P guru tingkatan 5 seperti biasa. Harap maklum.

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA - JADUAL BERBUKA DAN IMSAK DAERAH LANGKAWI 2009




20.08.2009 - HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKL 2009

Hari Anugerah Cemerlang SMK Langkawi Kali Ke-9 telah berlangsung dengan meriah. Tetamu tiba sejak awal pagi. Majlis dimulakan sebaik sahaja tetamu khas, Yang Berbahagia Dato' Hj. Md Hasan bin Bulat, Tokoh Guru 2009 Daerah Langkawi tiba untuk merasmikan majlis pada hari ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima hadiah dari berbagai kategori. Semoga semangat anda akan lebih berkobar-kobar untuk menerajui kecemerlangan diri dan nama baik sekolah.





























Monday, August 17, 2009

16.08.2009 - PERCUBAAN PMR SELURUH KEDAH 2009

Peperiksaan Percubaan PMR Seluruh Kedah bermula pada hari ini sehingga 20 Ogos 2009. Penat lelah pelajar menelaah pelajaran diuji mulai hari ini dan diharapkan semua calon SMK Langkawi akan mencapai kejayaan.

Pengetua, En. Ahmad Halmi Abd Rahman telah memberi kata-kata perangsang kepada para pelajar sebelum bermulanya peperiksaan pada pagi ini. SMK Langkawi boleh !!!

























Friday, August 14, 2009

13.08.2009 - TEAM BOT SOLAR RANGKUL JOHAN DI KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Team Bot Solar SMK Langkawi telah diwakili oleh Muhammad Yusri b. Aznan (3RKA), Nurul Aliaa bt. Abdul Ghani (3RKA) dan Muhamad Azril b. Ajib (1RKA). Team Bot Solar diiringi guru penasihat, Cikgu Noor Sham b. Yaakob.

Karnival telah berlangsung di Dewan Indera Kayangan, Institut Perguruan Guru Malaysia, Perlis. Majlis penutupan tersebut disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan turut berangkat DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis.


Thursday, August 6, 2009

05.06.2009 - PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA BENDERA ANTARA KELAS

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2009, Panitia Sejarah telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang akan mendekatkan hati pelajar untuk mencintai negara kita yang tercinta, Malaysia.

Keterlibatan pelajar sendiri dalam aktiviti melukis dan mewarna bendera akan lebih dinikmati kesannya berbanding sekiranya hanya membeli bendera dan menggantungkannya sahaja. Semangat kerjasama dapat diterapkan kepada pelajar seterusnya akan membuahkan perasaan sayang dan cintakan negara melalui aktiviti seperti ini. Perlu diingat, bendera adalah melambangkan simbol kedaulatan sesebuah negara. Semoga negara kita terus menikmati kemerdekaan dan kebebasan yang telah dikurniakan oleh Ilahi ini.