"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Saturday, August 1, 2009

30-31.08.2009 - LAWATAN MUHIBBAH SM SULTAN ABDUL HALIM KE SMKL & MEMPERSEMBAHKAN PERSEMBAHAN ORKESTRA YANG HEBAT

Warga SMK langkawi telah menerima tetamu seramai 110 orang pelajar dan 35 orang guru dari SM Sultan Abdul Halim, Jitra diketuai oleh Pengetuanya Tn. Hj. Ahmad b. Hj. Din. Kehadiran mereka akan mengeratkan hubungan ukhwah antara dua sekolah dan para pelajar dapat bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijayakan sepanjang kehadiran mereka di bumi SMK Langkawi, antaranya acara berbalas pantun, sukaneka di pantai Tanjung Pandan, mendaki bukit di Tanjung Pandan dan akhirnya pasukan Orkestra mereka iaitu 'Wind Orchestra' telah mempersembahkan persembahan orkestra yang memukau kepada para pelajar SMK Langkawi dan juga kepada penduduk Pulau Tuba yang datang memenuhi perkarangan sekolah sehinggalah majlis tamat pada jam 11.30 malam. Semoga hubungan antara dua sekolah ini akan terjalin lebih erat dan dapat dimanfaatkan oleh pelajar.