Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2009, Panitia Sejarah telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang akan mendekatkan hati pelajar untuk mencintai negara kita yang tercinta, Malaysia.
Keterlibatan pelajar sendiri dalam aktiviti melukis dan mewarna bendera akan lebih dinikmati kesannya berbanding sekiranya hanya membeli bendera dan menggantungkannya sahaja. Semangat kerjasama dapat diterapkan kepada pelajar seterusnya akan membuahkan perasaan sayang dan cintakan negara melalui aktiviti seperti ini. Perlu diingat, bendera adalah melambangkan simbol kedaulatan sesebuah negara. Semoga negara kita terus menikmati kemerdekaan dan kebebasan yang telah dikurniakan oleh Ilahi ini.
