Kepada semua pengunjung Blog Lensa SMK Langkawi, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari blog ini, terima kasih juga kerana sudi menghantar e-mail yang membina, insyaallah cadangan yang membina berkaitan blog ini akan diperbaiki.
Tujuan blog ini dibina ialah untuk memaparkan segala aktiviti yang dilalui oleh pelajar sepanjang tahun serta info terkini yang melibatkan pelajar, guru dan masyarakat sekeliling. Di samping itu juga, semua waris akan dapat mengetahui segala kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka samada di sekolah mahupun di luar sekolah.
Pelajar SMK Langkawi, sungguhpun sekolah mereka terletak di penghujung peta Semenanjung Malaysia, tetap tidak ketinggalan di dalam dunia IT.
Pendedahan seperti kegiatan mereka ini di alam cyber diharapkan dapat meningkatkan lagi minat dan keinginan mereka terhadap pembelajaran IT. Selamat Melayari Blog Lensa SMK Langkawi.