"GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA"


Click here for Myspace Layouts

LAGU RASMI SMK LANGKAWI

TEMA SEKOLAH 2011 - "SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG", TEMA HARI GURU 2011 - "GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Tuesday, December 30, 2008

30.12.2008 - Jam 11.00 Pagi, Keputusan PMR 2008 Diumumkan Kepada Pelajar

Suka dan duka mewarnai perkarangan Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SMK Langkawi pagi ini sebaik sahaja keputusan peperiksaan PMR 2008 diumumkan kepada pelajar oleh PK HEM, Cikgu Aizal Azri. Bagi pelajar yang berjaya diucapkan tahniah, dan kepada pelajar yang kurang berjaya, jangan berputus asa, teruskan usaha di peringkat peperiksaan SPM 2010 nanti. Itu sahaja pilihan yang ada untuk anda menebus kehampaan terhadap prestasi anda pada peperiksaan PMR. Perlu diingat, kegagalan bukan bererti penamat kepada segala usaha anda. Bagi yang berjaya, teruskan pendakian anda, semoga anda akan ke menara gading seperti yang diidam-idamkan oleh semua orang yang bernama pelajar.


Pelajar Terbaik PMR SMK Langkawi 2008
















Nor Syakila Amilia bt. Kamarol Jamel
7A 1B
















Nurul Atiqah bt. Ariffim
7A 1C













Noor Natasya bt. Shaidan
5A 2B 1C















Mohamad Ulfah b. Ishak
4A 4B 1C













Muhammad Faris Fauzi b. Ismail
4A 4B 1D















30.12.2008 - PMR 2008 Keluar Hari Ini - Pelajar Tingkatan 3, Selamat Kembali Ke Sekolah

Hari penuh debaran kepada anda ! Semoga kejayaan mengiringi anda pagi ini. Selamat kembali ke sekolah, keputusan akan diumumkan sekitar jam 11.30 pagi. Pakai pakaian sekolah dan datanglah lebih awal untuk mengelakkan anda terlewat mengambil keputusan PMR 2008.

Semoga Bejaya.

Sunday, December 28, 2008

27.12.2008 - Caj Kargo Akan Dinaikkan 1 Januari 2009

Alamatnya tambang kenderaan kita semua nak kena bayar lebih ler..

Wednesday, December 24, 2008

26.12 2008 - Jeti Pulau Tuba Tenggelam

Jeti Lubuk Cempedak kini menjadi laluan utama perhubungan ke bandar Kuah.



Sunday, December 21, 2008

KEPUTUSAN PMR 2008 - Akan Diumumkan Pada 30 Disember 2008

Kosmo! 21 Disember 2008

Keputusan PMR 30 Disember
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2008 akan diumumkan pada 30 Disember ini dan semua calon peperiksaan itu boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, analisis keputusan PMR juga akan diumumkan pada hari yang sama di Putrajaya pada pukul 9 pagi.
Seramai 472,060 calon di seluruh negara telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktobober lalu.

Sila Klik : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Saturday, December 20, 2008

20.12.2008 - Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Cikgu Hamzah Hj Osman, Pegawai PPD Langkawi

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Hamzah kerana menerima menantu pada majlis perkahwinan yang diadakan pada hari ini yang berlangsung di Kompleks Perumahan Guru, Kuah. Juga diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nurhamzani Hamzah bersama pasangannya Mohd Faizal Hisyam Husin, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Majlis berlangsung dengan suasana meriah dari awal pagi sehingga lewat petang.